02 December 2013

INACTIVE

This blog is currently inactive. Sorry for those who sent the msg on chatbox, really sorry for you, TA will active blogging after spm ends, soon.

This blog will update on 131209 ( Monday ), some tutorials will be post on that day. You can visit this blog anytime, and thanks.




13 July 2013

Salam Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum.
Pertama kali TA nak ucapkan Salam Ramadhan kepada semua muslim yang berada di dunia ini, tak kira dimana berada, Islam tetap diutamakan.

                                         Credit: emila yusof

1st Ramadhan bermula pada 10/7/2013 dan aku bersemangat betul masa 1st ramadhan tu bukan main bangun awal pagi pukul 3 nak bersahur, semangat kan? haha. aku nak kongsi ilmu sikit, pada siapa yang masih susah nak niat tu, tengok gambar bawah ni, baca perlahan2 lama2 dah boleh hafal :)

p/s : pada yang tak mahir dalam bahasa arab, boleh niat dalam bahasa rumi, ia dikira sah juga

So aku nak cerita pengalaman sikit time bulan Ramadhan. 
Cerita ni masa Ramadhan 2011, 2 tahun yang lepas *time tu aku skema*

Tak silap dalam 16-17 Ramadhan lah kot benda ni berlaku. So macam biasa aku bangun awal pagi nak bersahur, makan ayam goreng je pg tu, berbekal air katira semalam punya tak habis kahkah.
Dah habis sahur tu aku naik atas masuk bilik, macam biasalahkan online twitter.
Dah bosan tu, aku tidur jap, dalam 10 minit aku bangun balik. time tu aku tengok pehal pulak atas meja takda makanan. aku terus bukak "icebox" minum air masak sebotol. 
adik aku tegur dari belakang "woi sahur dah habis, padan muka kau batal puasa haha"
kurang ajar. manalah aku tahu. aku jawab "tak sengaja so belum batal" aku tonjol kepala dia.

so aku tak batal puasa lagi time tu sebab tak sengaja, tak tahu waktu sahur dah habis pulak kan.
pagi puasa memang bosan tak tahu nak buat apa so time konon2 bajet remaja gitu aku buatlah aktiviti 
senam dekat depan rumah. main badminton, lompat pagar, lumba lari *k tipu* haha takdanya nak buat semua tu, aku tidur kot time tu. dalam pukul 11 gitu aku bangun, perut dah berbunyi dah bershuffle, dah berparty rock anthem.... k tak kelakar. senyap2 aku turun bawah, tengok ruang tamu, dapur, bilik air, terbaik takda orang. semua tengah tidur dalam bilik, mak ayah kerja. peluang aku nak minum makan berbagai sangat besar time tu. 

aku try lah tengok peti ais, nampak buah anggur, kebab, ayam goreng, air bandung cincau.. tu semua makanan yang beli dekat bazaar tak habis makan masa buka. keluarga aku kekadang over sangat nak beli banyak2 lepastu terbiar mcmtu, membazir betul. so aku amik air laici dengan buah anggur bawa masuk dalam bilik. time nak masuk bilik tu adik aku tegur "woi kau tak puasa eh" dia ni time aku nak buat jahat mesti ada, tak tahu kenapa menyibuk je kerja. aku panggil dia sekali, "harini takyah puasa ah, esok sampai last ramadhan kita puasa habis, ok?" aku try hasut dia *keluar tanduk* adik aku ni susah nak simpan rahsia, semua benda nak cerita dekat mak aku. so aku makan depan dia dengan seksinya aku makan buah anggur, petik satu campak then makan. air laici pulak aku teguk then halkum bergerak bukan main laju seksi betul kahkah.

adik aku tetiba ambik anggur then makan. haha kena jugak hasutan aku. jahat gila. then dah dua2 tak puasa tu apalagi pergi bawah bukak peti ais amik lagi anggur. adik aku yang ikut sama setan boleh panaskan kebab jap, semata2 nak makan. aku tolong cover line tengok2 dekat bilik abang aku, time tu memang tak ingat buat dosa. so petang tu mak aku balik, suruh aku pergi bazaar ramadhan. Aku ajak adik aku sama, ada chance time tu makan dekat taman ke apa. so dah sampai bazaar, beli lah apa yang patut, aku tengok macam2 ada woi... ayam percik, kuey teow, macam2 ada T.T

so dah beli tu kitaorang singgah taman jap, "jamah" ayam goreng. kepala bana nak jamah, 2 ketul aku cekik, adik aku pulak makan kebab yg dia beli. rasa time tu memang best, tp bila ingat balik skrg, kelakar pun ada, apabenda lah tak puasa kan. 
Panjang betul post kalini, esok lusa aku sambung balik k.
Tapi ingat, yang tak puasa tu kena ganti k.

Assalammualaikum, selamat berbuka.

p/s: yang RT foodporn dekat twitter mmg cari nahas, sudah2 lah tu haha kbye